Thursday 14 July 2011

65 : Hari yang dinanti

Hari ini, satu keputusan yang sangat bersejarah. setelah saya fikir sampai 2 hari tak cukup tidur sangat, akhirnya.. saya telah memutuskan sesuatu. saya tahu benda ni sangat sangat sangat berharga, tapi apakan daya. mungkin bukan rezeki saya. saya percaya, Allah tu sentiasa berada bersama saya. tak perlu nak jumpa² bomoh untuk menjalani kehidupan dengan baik. tak perlu. sape tuhan sebenarnya? Allah ke bomoh? haaaa.

saya dah fikir masak². sampai hangus sudah hahaha. so, please, don't make me feel silly. i know what i'm doing. don't keep asking me. please, do respect my decision.

awak boleh like dan komen okay =D

Wednesday 13 July 2011

64 : Seposen

Kerana seposen, saya jadi frust menonggeng hari ni. saya sepatutnya hantar surat ke pihak loan saya td, tapi tak cukup seposen. ya Allah, malu gila muka ni. mane nak sorok?? masa tu duit dalam purse ada betul² rm1.30. pergi beli sampul surat warna coklat, 30sen. okay. tinggal singgit. pastu pergi print, adeehhh tolak 40sen. okay tinggal 70sen. yess. nasib baik cukup. pergi pejabat pos.....

''kak, nak beli setem. setem ade bape sen ek?''
''tgk sampul. oh ni 80sen''
''fuck!!''

dalam hati je lah.haha. saya pun teruskan pertanyaan...

''oh yang lagi murah takde ke kak?''
''kita memang bagi setem ikut sampul..''
''oh kalau sampul yang saiz kecik sikit dari ni bape kak?'' (cepat² saya potong cakap kakak tu.cover malu sebenarnya. )
''yang warna putih baru 60sen.''
''oh ye ke?''
''dah lama la dik sistem mcm ni.adik ni kena sentiasa ambil tahu ni.dah ketinggalan sangat''
''fuck!''

macam biasa dalam hati je hahahaha. saya pun pergi dengan senyum² kambing. bapak punya maluuu baiii.. pasal 80sen pun nak berkira ke? alaa awak ape tahu? saya ade 70sen je masa tu.

dan bermulalah episode saya berjalan menggunakan mata lutut. haa kauu. mata tu melilau ke sana ke sini. adehhh. mane kau ni seposen. takkan takde. masa aku tak perlukan kau, ade je kau pura² pengsan depan aku. ni time aku perlukan kau, kau takde plak. adehhhhhhh..

so saya sangat stress gara² seposen!!!! bye!!!!!


awak boleh like dan komen okay =D

Tuesday 12 July 2011

63 : Teringat zaman lalu

haishh. lepas kawan balik dengan Emmy ni, banyak la pulak kenangan lama yang menjelma dalam ingatan kalbu ni. salah satu tentang kawan² myspace yang pernah ngam dengan saya. dulu zaman myspace kan. huhu.

ade lah satu kawan myspace saya ni, dah jadi pelakon dah sekarang. tak nak cakap sape. takut nanti kata ''woo dah jadi pelakon,baru lu nak ingat dia la ek'' haha.masa zaman sebelum jadi pelakon, ade la usaha² dia nak ngorat saya (ecehceh). sampai saya ingat ayat terakhir dia bagi kat saya sebelum kami betul² lost contact, ''i always hope that you will be mine''. aisehhh. sorry la bro. wa tak boleh nak paksa diri ni masa tu(ecehceh). tapi kalau sekarang wa tuntut balik kata² lu boleh tak bro? hahahahaha. gurau je.

sampai Emmy tanya why saya tak terima pelakon tu dulu. saya pun jawab, ''mane lah nak tahu dia akan jadi pelakon'' hahaha. gurau² je okay =). i love my huby so much!!

hari tu Emmy datang lepak rumah. kami berborak² dari pukul 8 malam sampai pukul 11 pagi esoknya dan terus keluar lepak dengan Aini, bf aini, Mel dan Dila. balik rumah pukul 6 lebih. mata ni dah berpinar² sebab tak tidur. landing je kat atas katil, nahh terus tidur. saya ingat masa tu berita baru nak start. pembaca berita tu tengah bagi salam. hahaha. tu last yang saya dengar. dan saya tidur sampai pukul 11 pagi. yeayyy. kepala pening. hahaha.

dah lama sangat tak jumpa ramai² macam ni. ade 2 orang je takde. aiza and atiqa. ntah bila kita semua dapat bersamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



aini sorang je sedar time ni haha




semua tak ready okay!!! haha

emmy and i

awak boleh like dan komen okay =D

62 : Nolee is cooking

aloohaaaa. sudah lama meninggalkan muadzam tercinta ni. huh! bila la nak habis study! tak sabar nak blah dari sini kah kah kah. saya 'holidayssss' dari hari rabu sampai hari selasa ni. plan nak balik kl hari jumaat. tapi ada hal yang sangat memerlukan saya balik awal. so, terpaksa lah balik hari rabu..

dan plan jugak, nak balik muadzam ni hari ni tapi maybe petang. tiba² saya dikejutkan dengan berita malam ni ade mid-term international business. saya dengan kelang kabut bangun seawal 6 pagi then siap² balik. nasib baik tunang saya boleh hantar sampai putra. so cepat sempatlah saya beli tiket balik pukul 9.

dan menjadikan cerita ni lebih sedap, mid-term tu minggu depan. best kan? heee. its okay. saya dah biasa dah hidup dalam keadaan kelang kabut ni T_T

awak tahu tak, saya dah lama sebenarnya tak masuk dapur. i mean masak la kan. so, masa cuti tu, saya duduk rumah mak mentua. aiiseehhh. ni la akibatnya kalau rumah takde kaum hawa. mak mentua saya pergi hospital. macam tunggang tebalik rumah tu. dah macam rumah tu ada 10 budak² kecil hahaha. so, macam biasa. kemas rumah tu dulu. sapu sampah. lipat baju. betul² kan kedudukan perabut semua. haishh. so kaum adam kat luar sana, hargailah lah kaum hawa okay. tanpa kaun hawa, rumah awak gerenti bersepah!

eh nak cerita pasal masak sebenarnya. haaaa. saya punyalah lama tak masuk dapur kan, so saya takut sangat² skill memasak saya hilang. al-maklumlah. saya ni tak pandai masak. hari tu saya belajar masak dengan mak mentua. tapi dah lama. so hari tu, saya masuk dapur balik. first sekali mesti nak masak nasi kan. alamakk. takde tempat masak nasi tu. so kena masak manual. nahh amik munggg! dua kali masak, dua kali hangit!!! hahahaha. nasib baik lah boleh makan bahagian atas tu. adehh.

then, saya nak masak ikan masak sambal. so, nak blend cili + tomato + halia. haaaa punyalah lama tak masuk dapur, halia dengan kunyit pun dah lupaaaaa haha. saya mati² ingat tu halia. rupa²nya kunyit!! bapak maluuuuuuu waaaaaa..

masa tu tunang saya tegur,

"sayang, tu kunyit ke halia?''
''halia laaa! tak kan nak blend kunyit kot.ape la abang ni''

then, tunang saya amik 'halia' tu dan patahkan.

''ni kunyit lah sayang''
''hah?cam ne sayang boleh tak perasan ni.ya Allah. nasib baik abang tegur''

cover malu sebenarnyaaa hahahahahahaha. nasib baik la tunang saya masa tu masuk dapur nak kacau² saya, kalau tak. haaa kau makan je lah. tapi rasanya tak sesedap dulu yang saya pernah masak lah. sebab bahan²nya tak cukup. tomato sebijik je. cili pun bape je. mane nak kawww kan. takpe². janji boleh telan. dan janji saya masih ingat macam mane nak masak hahahahahahahahahaha

oh dan tunang saya ade soalan cepumas kat saya hari tu.

''sayang, ni ikan ape ni?''
''haaa? haha. err abang. sayang ni tak kenal sangat ikan² ni.maklumlah tak kawan sangat dengan dorang''

hahahaha. ayat yang belakang tu saya tak cakap okay.saje je nak tulis.heee. haa jenis² ikan, jenis² sayur bewarna hijau. semua saya tak kenal sangat. alaaa ikan yang lain dari yang lain tu kenal la. cam ikan keli. ikan kering. itu kalau tak kenal jugak, terjun longkang laaa.

oh awak paling takut ikan ape? saya sumpah sampai ke hari ni saya sangat takut nak pegang ikan keli dan ikan haruan!! dan paling takut ikan haruan!!! sebab ikan tu cam muka ganas. ditambah pulak dengan corak kat badan depa tu. huuu takut. hari tu nak masak ikan keli, sampai nak nangis sebab nak siang dia. menjerit² kat dapur tu sorang². last² mak mentua dengan tunang yang siang. ikan haruan lagi la. abang ipar saya baru tunjuk ikan haruan yang dah siap siang kat saya, saya dah menjerit. tergelak je dia. dan sangat memalukan huhuhu T_T

awak boleh like dan komen okay =D

Monday 4 July 2011

61 : Kiamat kecil

muadzam telah dilanda malapeteka yang maha dasyhat semalam. hah? malapeteka? malapetaka la nolee oiii. hahahaha. teringat masa form 1 dulu. saya sebut malapeteka. habis kena gelak satu class haha.

semalam, bersamaan 4 july 2011, muadzam telah dilanda kiamat kecil. what? kiamat kecil? how come? saya yang gelar kejadian semalam kiamat kecil. untuk pertama kalinya sepanjang 2 tahun saya berada di muadzam ni, semalam muadzam dilanda hujan yang maha lebat, disertai kilat yang bersaing untuk menunjukkan siapa yang lagi kuat dan juga puting beliung yang teramat dasyhat. seriously

masa tu saya dekat foodcourt, tengah tunggu makanan. memang masa tu macam ada ciri² nak hujan lebat. dengan kilatnya dan guruh. huhu cuak gila. tiba², masa saya tengah borak² dengan kawan saya, kak ida, saya dengar ramai gila orang menjerit. saya pun toleh. ya Allah. pinggan, cawan, plastik dan semua yang boleh terbang habis melayang-layang. saya boleh nampak air hujan tu macam berpusing dibawa puting beliung yang amat kuat. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu. first time saya tengok live depan mata.

dalam hati, dah macam² fikir dah. eh nak kiamat ke? seriously. saat tu sangat² menakutkan. nasib baik ade kak ida. so, ada juga peneman saya. masa tu semua yang ada kat foodcourt tergamam. sampai kedai² kat sana terpaksa ditutup. kedai paling teruk kena ialah kedai yang paling hujung sekali. memang habis tercabut semua papan tanda kat kedai tu.

di sebalik manusia, ada lah seekor kucing ni. dah la comel. haha. kucing ni pun cuak gila. berlari sorok bawah meja. olololo, cian dia. takde geng kucing jugak untuk bersama-sama.

masa saya dok dalam ketakutan tu, tiba² saya teringat alamakkkkk tingkap bilik tak tutup!!!!!! habis lah bilik aku. memang habis. haha saya balik je rumah, saya tengok siling rumah saya terbukak sikit. mak ii kuat gila angin ni. buka pintu bilik, waaahhh my room. habis basah!!! selimut semua basah. nasib baik selimut tu atas bantal, so, bantal saya kering. adehhh. tido semalam berselimutkan tuala yang kering + kain batik. hahahaha.

bangun pagi nak pergi class ni, ya Allah, banyaknya pokok tumbang. huuu ngeri la tengok. memang saya akan kenang kejadian yang maha dasyhat ni sampai bila². kalau handphone saya ni boleh rakam, memang saya dah rakam saat tu. upload dalam youtube.


awak boleh like dan komen okay =D

60 : Happy Always, People


 hey guys, guess what, i will get my fucking lovely loan by the end of this month!!!! fuck!

i've been damn crazy right now. coz you know what, all the people were saying that the lovely loan will be transfer at this beginning of July. i was so fucking excited. i can't even sleep well on 30th June coz i was counting and counting and counting!!

i was so so so so so so damn frustrated doe. coz i don't want to burdening anyone. shit!!!!

huuuu sabar.

HAPPY ALWAYS, PEOPLE !!!!!!

awak boleh like dan komen okay =D

Friday 1 July 2011

59 : Duitttttt

Selamat pagi dunia. wahh. hari² saya bangun pagi. segar je rasa. walaupun takde class, saya still boleh bangun pagi. hey tak set alarm okay. bangun sendiri heeeee. selalunya saya akan terjaga dalam pukul 6 lebih macam tu. haaaa.

hari ni saya terjaga pukul 5. haishh. awal sangat. tergolek sana tergolek sini. dan tidur balik. zzzzzzzz. eh pukul bape dah ni? haa pkl 8. adehhhh. melepas nak buat pahala pagi td (ecehceh)

then mcm biasa, saya bangun je dari katil tu, perkara pertama saya buat ialah pergi mengadap cermin. hah? kenapa? sebab saya suka tgk muka saya baru bangun tdo. waaaaaaa. haha. mula la time tu perasan sorang². awak pernah tak, bangun² je tdo, terus mengadap cermin? haa nak tahu cantik ke tak, pegi mengadap cermin tu. jgn cuci muka jgn buat ape. itu lah kecantikan asli awak. jgn la suruh orang lain ambil gambar awak masa awak tdo. haaa itu keburukan asli awak. hahahaha.

sekarang ni saya sudah ade rutin baru. pagi², saya akan pergi turun bawah ground floor dan jalan kaki sikit pergi blok A. saya duduk blok B. then, saya akan ambil air panas dari mesin air. free je. heeee. setiap pagi okay. sebab tempat jerang air saya dah rosak. housemates punya pun rosak. by hook or by crook, saya kena jgk pagi² exercise turun naik tangga. haha. sebab tak boleh la pagi² saya tak minum air nescafe saya. oh skrg bkn nescafe. kopi kapal api heeee..

ape sebenarnya nak mengarut ni. adehhh. oh kemungkinan besar saya akan turun dalam 2 kg minggu ni sebabnya loan tak masuk. duit satu sen dah takde. minum air la jawabnyaaaa. meggi pun sudah habis. haiisshh abg, bila abg nak call syg ni. syg dah takde crdt nak call or msg. nak mintak duitttttt T_T
awak boleh like dan komen okay =D

58 : eee buluuuu =P

haha. saya blogwalking macam biasa. so, saya jumpa gambar celebrities antarabangsa dgn bulu mereka. hahaha. adehh. rupanya mereka pun ade lupa untuk mencukur bulu sebelum keluar rumah =P. ye la. mereka pun manusia biasa. tp kn, mereka tahu mereka celebrities, benda ni semua nak kena jaga kan. public figure la katakan. jgn salahkan photographer! =P









awak boleh like dan komen okay =D

57 : Loan ohhhh Loan

kenape kau tak masuk lagi wahai loannnnnn. aku dah naik kering kat sini isshhhhhh aaaarrrggghhhhh!!!! untuk kau je, aku dah pegi wisma 2 kali okay!!!! sampai aku rasa mcm nak tendang je mesin atm tu haha. tu gurau je. saya seorang yang penuh kesabaran T_T

sabar je lah. dan saya harap sangat loan tu tak masuk akhir bulan. memang kering la saya kat sini.

untuk mententeramkan jiwa yang tengah frust ni, saya tadi kemas habis licin bilik saya. almaklumlah. minggu ni busy sangat. so, saya takde masa nak kemas² bilik ni. kalau tak busy, seminggu 2 3 kali lap habuk, sapu bilik dan kemas almari baju heeeee.

sambil tutup kipas, fuhh memang lega. berpeluh-peluh. then mandi. yeahhhh. masuk bilik je, segar bijik mata tengok bilik bersih dan wangi. weeeeeee.

awak boleh like dan komen okay =D

BLOG INI ADALAH PERSONAL BLOG NOLEEYANA