Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Thursday, 16 June 2011

20 : Sakit leher T_T

sakit leher pulak datang. adehhh. hari tu okay lagi. masa balik Sg. Buloh jadi cam ni. Emmy cakap maybe bantal saya tinggi masa saya tidur. tapi saya rasa cam selesa je tidur ari tu. then effect dia sampai ari ni. haiishh badan². awat lemah sangat ni badan oiii?? sikit² sakit. sikit² sakit. naik lemahh dah ni


sakit leher ni datang masa saya tgh menghadap pc ni. maybe kepala ni dok straight je. tapi dalam class pun kepala straight. haishh. nnti dah abis menghadap pc ni, nak balik macam nak pengsan sakitnye. ke aku ni ade sakit lain ni? huhu mintak jauh.. *_*

awak boleh like dan komen okay =D

Monday, 13 June 2011

14 : The sick weekends

Sick means here really sick. sakit. bukan bermaksud negative lain. tapi mmg saya sakit. first, sakit perut pasal meggi. tapi dah okay dah skrg. alhamdulillah. then saya kena asma yang sangat teruk. saya dah lama tak kena asma sebenarnya. dulu masa kecik² slalu juga lah dapat sedut gas tu. tapi dah besar ni jarang dah. last saya rasa masa saya skola rendah. lama tu kn.

hari tu pergi jumpa doktor, saya ada mintak nak sedut gas tu. doktor kata tak teruk sangat asma saya. ye laa. sebelum pergi jumpe doktor tu saya dah makan ubat. grrr. nak sangat sedut!!!! sebab saya malas la nak rasa lelah ni. penat. nak bercakap pun kena tarik nafas pnjang². kalau tak, tak cukup nafas la.



thanks to my love yang bawak saya pergi jumpe doktor. melayang duit ek hehe. ubat dapat banyak. saya suka kumpul ubat. tak tahu nape. tapi suka. check ubat² tu, 3 daripada 5 ubat² tu ade effect ngantok.nahhh. memang terbaik. makan je ubat, tak sampai 15 mins, dah lentok! gabungan 3 ubat.

hari tu my friend, emmy datang lepak dkt rumah. klu tak mkn ubat, batuk kuat. klu mkn ubat, nnti tak terlayan si emmy ni. i pun makan je la. then lawan ngantok. pergghh lawan punya lawan dah macam sasau dah rasa. kepala ni rasa macam khayal je. saya bangun nak tutup lampu, ehh ehh nak tumbang haha. lama jgk kami bersembang. dari pukul 3 pagi kot then tdo pkl 7 lebih. haaa letak je kpala, memang lena diulit mimpi.

awak boleh like dan komen okay =D

Tuesday, 7 June 2011

13 : Meggi ohh Meggi

Meggi sangat sinonim dengan kehidupan kita sebagai seorang pelajar. Masa tengah 'semput' je stok meggi mesti belambak kat dapur. so far, saya tak pernah dengar lagi ada pelajar yang tak de stok meggi. wajib tuuuu.

same goes to me. sejak dua menjak ni, meggi la makanan utama saya. sehingga kan saya dapat sakit ni. huuu. semuanya sebab meggi.


loan masuk lambat lagi. duit belanja ckup² makan je. dengan nak beli buku lagi. nasib baik boleh photostat. klu tak, jenuh nak berhutang dengan orang.

saya punyalah kuat makan megi sampai satu hari 2 bungkus. ishh² jangan tiru okay. nanti sakit macam saya. skrg ni badan dah kurus kering. eh takde la kering kan. tapi kurus la. boleh pakai balik seluar jeans masa saya form 5 dulu. pakai baju kebaya pun dah longgar. lengan pun kecik. yang penting perut pun kempis sikit hahahaha. tapi. sakit... :'(

saya sakit ape?

okay first period saya tak teratur. lambat 6 hari okay. saya seorang yang sangat mengambil tahu tentang perjalanan period saya. sebab saya tahu, nak kesan sesuatu penyakit, tengok kitaran period kita. bukan setakat lewat 6 hari, saya terpaksa menahan pedih perut. bukan kat perut sgt, dekat² dengan buah pinggang atau ovari tu. pedih gila. dan yang best nya, pedih tu kadang² je menyerang. so, skali dia serang, terpejam mata saya kejap. menahan sakit.nanti abis period ni saya nak pegi check kat hospital.

hari tu pun pernah jadi macam ni. cuma sekejap je. sebab beberapa hari sebelum period tu, saya asyik akan meggi. then period pun lambat. dan sakit macam tu. tapi sekejap je. ni dah berapa hari dah. adehhhh.. kalau jumpa doctor ni mesti kena ceramah. hehe.

sejujurnya, saya sangat trauma dengan meggi skrg. dekat rumah ada lagi 2 bungkus. nak derma kat orang pun saya tak berani sangat. adehh tengok la macam mane.

awak boleh like dan komen okay =D

BLOG INI ADALAH PERSONAL BLOG NOLEEYANA