Wednesday 18 May 2011

4 : Meditasi Minda Separa Sedar Part 1


Anda tahu tak ape itu Meditasi Minda Separa Sedar? Mungkin ramai yang tidak tahu. Kat sini saya nak kongsi sedikit info-info menarik tentang meditasi ini dalam cara saya. SHARING IS CARING kannn hehe. so maybe you have your own way to calm yourself and have a good time of meditation.

Sebenarnya saya dah lama beli satu buku ni. Tajuknya 'Kuasa Minda Separa Sedar'. Penulisnya saya tak ingat sebab buku tu berada jauh dari saya sekarang ni hehe. Awalnya saya rasa macam sangat menyesal sebab beli buku tu. Bila saya baca je mesti pening. Entahlah. Last2 saya give up.

Then, dijadikan cerita. Saya mempunyai banyak sangat masa terluang. Terlalu banyak sampai saya pening kepala sebab tak tahu nak buat apa. Pening lagi kann haha. Saya pun dok belek2 semua buku2 saya. Last2 saya baca lah balik buku tu. Saya baca start dari belakang. 

Oh okay. Menarik. Makin lama saya makin kehadapan. Dan baru saya paham. so saya rasa buku tu memang kena baca dari belakang kot baru paham haha. setelah 2 tahun saya beli buku tu, baru lah saya baca. Contents dia sangat sangat sangat menarikkkkkkk!!!!!!!

Jangan salah anggap dengan meditasi ni. Sedangkan bertafakur juga bermaksud meditasi. Tapi kita sebagai orang Islam, janganlah bermeditasi sampai berfikir ada kuasa lain selain yang maha Esa. 

Kita semua sedia maklum bahawa setiap ciptaanNya ini ada hikmah disebaliknya. Cuma kita sebagai manusia perlu berusaha mendapatkan apa yang tersirat. Begitu juga dengan diri kita. Sedar atau tidak sedar, kita dapat merawat penyakit kita hanya dengan bermeditasi. Percaya dengan izin Allah, rehatkan minda. Buat nafas teratur dan sentiasa berfikiran positif.

Awalnya saya hanya menganggap sebagai suka2 sahaja sehinggakan saya sendiri cuba merawat tunang saya dengan cara meditasi. Jangan salah anggap. Saya tidak ada kuasa apa2 untuk merawat orang. Saya cuma percaya dengan izin Allah, kuatkan semangat tunang saya, suruh dia buat pernafasan yang teratur dan suruh tunang saya yakin dengan kuasa dalaman diri sendiri. dan hasilnya, esok, tunang saya bangun dengan semangat yang lain macam hahahahaha. but it is true.

Cuma sekarang ni saya kurang buat meditasi ni sebab tidak ada masa untuk bersendirian. Sekarang ni saya dah pindah ke rumah baru dan saya hanya duduk seorang sahaja. so, lepas ni saya akan bermeditasi sebaik mungkin. insyaAllah, kalau saya berjaya dengan izin Allah, saya nak ajar semua orang tentang meditasi ini. InsyaAllah. amin....

ni antara tips yang saya amalkan:

1) Sebelum tidur, baring terlentang dalam keadaan selesa.pandang atas. buat pernafasan teratur. macam ni, tarik nafas slow2 8 saat, tahan untuk 4 saat dan hembus slow2 8 saat. buat secara teratur. insyaAllah fikiran akan tenang. tapi kena keadaan tenang dan sunyi la. lupakan masalah seketika.

2) Sambil2 buat pernafasan tu, setkan dalam minda benda2 yang positif. misalnya, 'aku okay' 'aku cantik' dan so whatever hehe. 

3) Last2 sekali, senyumlah sorang2. haha. takdelah. betul betul. senyumlah sorang2. itu akan buat anda sangat tenang. 

Ni cara meditasi yang paling simple okay. cuba anda buat ni dulu. kalau dah mahir, saya akan update dari masa ke semasa. sebab saya pun tak berapa mahir sekrang ni. masih dalam experiment. doakan yang terbaik buat diri sendiri okay anda2 semua. Assalamualaikum


awak boleh like dan komen okay =D

No comments:

Post a Comment

BLOG INI ADALAH PERSONAL BLOG NOLEEYANA