Wednesday 18 May 2011

5 : Cerpen : Antara rentak dan irama Part 1

Kepala Ena berdenyut-denyut memikirkan perwatakan disekelilingnya. Sudah lama dia mengetahui dan memahami segala watak-watak itu. Tapi, dia hanya menafikan segala yang benar dan mengiakan segala yang tidak benar. Walaupun di hati kecilnya sudah lama menyuruh Ena menjauhkan diri daripada semuanya. Tetapi di benak fikirannya masih lagi berpura-pura baik buat sang hati. 

'Takpe. Mereka tu ada sisi baiknya. Alaaa biasalah perangai mereka macam tu. Ena cuma perlu berhati-hati je la. Relaks okay"

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan sudah hampir setahun Ena hanya mengikut rentak yang dimainkan mereka. Segala luar dalam atas bawah kiri kanan sudah difahami secukupnya. Hati Ena pernah terdetik,

"Uishh gila la mereka ni. Very stereotype. Entah-entah Ena pun akan kena semua benda ni''

''Wei hati, kau tak boleh ke fikir benda-benda yang baik? Kau ni suka nak takutkan tuan kita je. Lepas tu sakit hati senyap-senyap''

''Bukanlah kepala, aku cuma memikirkan kalau semua benda ni terjadi dekat tuan kita. Tak mustahil kan? Sedangkan yang begitu rapat dengan mereka pun mereka sanggup memperlakukan sedemikian rupa. Ape entah lagi tuan kita yang seorang ni"

"Takkanlah mereka tergamak nak buat yang sama dekat tuan kita? Tuan kita ni kan senyap je. Takde nak menentang mereka ke ape ke? Tuan kita ni dah pandai bawa diri dengan mereka"

"Emm. Baiklah"

Walaupun fikirannya begitu, Ena tetap tidak sedap hati. Dihatinya berkata mereka ini tidak wajar melakukan itu ini itu ini. Makin lama makin Ena mendiamkan diri. Biarkan saja semua drama yang terjadi. Tidak terdetik dihatinya ingin menamatkan kekusutan drama-drama yang telah dimainkan. Takut mereka memulakan drama untuk Ena pula. Kalau semua drama-drama untuk Ena menjadi kenyataan, Ena sudah tahu apa nasib yang akan diterimanya. Kerana tidak sanggup memikirkan nasib-nasib sedemikian, Ena bijak mengatur langkah supaya tidak dijadikan watak dalam drama yang baru.

Diharap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Akhirnya Ena tersilap langkah. Langkah yang selama ini dijaga rapi telah terpijak duri. Duri yang tidak pernah disangkakannya. Langsung tidak pernah difikirkan akan menjadi satu masalah besar kelak. Dihati dan fikirannya lain daripada hati dan fikiran mereka. Ena sudah dapat menghidu drama untuknya. Tetapi seperti biasa, sang kepala sentiasa memberi kata-kata positif kepada Ena.

"Alaa Ena, mungkin mereka ada rahsia diantara mereka. Mereka tak nak kongsi dengan Ena agaknya. Ena kan selalu ke sana ke sini untuk selesaikan masalah peribadi Ena. Banyak masa Ena tidak bersama mereka. Alaa takda apa-apa la"

"Wei kepala, kau tak nampak ke mereka sudah mula menjauhkan diri daripada tuan kita? Bila tuan kita hendak bercakap dengan mereka, mereka cuma buat tak tahu. Semua benda ni kan permulaan kepada drama-drama yang mereka selalu buat dekat orang lain"

"Tapi apa salah tuan kita?"

"Mungkin mereka tidak senang dengan Lisa, kawan tuan kita tu. Tengoklah respon mereka."

"Apa masalahnya pula dengan si Lisa tu? Tak puas hati dengan Lisa sampai kena boikot tuan kita?"

"Sebabnya tuan kita yang bawa Lisa datang. Takkan mereka nak buat drama kat Lisa? Bila je boleh buat macam tu? Sebab Lisa pun bukannya duduk sini."

"Wei kau ni hati, fikir negatif je. Takpa Ena, Ena relaks. Tengok dulu mereka nak buat apa lagi dengan Ena. Ena tunggu dalam sehari dua."

Angin yang dingin membelai tubuh badan tidak akan berpanjangan. Pasti akan terbitnya angin yang panas. Sudah dijadikan tuhan akan sang Matahari. Setiap makhluk dan benda ciptaanNya, akan ada kelebihan dan kekurangan. Apabila ada kelebihan-kelebihan tertentu, maka akan dipandang tinggi. Sentiasa akan diperlukan oleh masyarakat dunia. Tetapi, apabila kelebihan itu menjadi kekurangan, maka dipandang rendah dan dihina-hina oleh setiap makhluk. Itu adalah perkara yang normal di dalam masyarakat dunia ini. Perbezaan di antara kita semua adalah, bagaimana kita mengharunginya.

Semua sangkaan hati adalah benar dan tepat. Akhirnya hati terguris kerana Ena tidak pernah ingin menimbangkan segala keraguannya. Sang kepala sudah mula menunduk. Malu dengan kekuatan sang hati yang sangat perihatin terhadap perasaan Ena. Akhirnya ada sebuah drama menanti Ena. Untuk menebus segala kesilapan terhadap Ena, kepala pun memainkan peranan,

"Sabarlah Ena. Semua benda ni ada hikmah. Ena percaya hukum karma kan? Sabar ya Ena. Sabar itu separuh daripada Iman. Ena tak perlu memikirkan sangat mereka tu. Ena tahu semuanya apa yang bakal Ena tempuh kan? Ena fokus dulu dengan masalah Ena yang paling besar. Jangan difikirkan drama-drama itu. Nanti Ena ikut sahaja rentak drama tu. Tunjukkan yang Ena lagi matang daripada mereka. Drama-drama tu hanya dimainkan oleh orang-orang yang tak matang sahaja. Mereka terlalu memikirkan ditempat mereka. Sabar ya Ena. Ena jangan berdendam ke atau membalas apa-apa. Biar ada perbezaan dalam diri Ena dan diri mereka"




bersambung.................
awak boleh like dan komen okay =D

No comments:

Post a Comment

BLOG INI ADALAH PERSONAL BLOG NOLEEYANA