Tuesday 12 July 2011

62 : Nolee is cooking

aloohaaaa. sudah lama meninggalkan muadzam tercinta ni. huh! bila la nak habis study! tak sabar nak blah dari sini kah kah kah. saya 'holidayssss' dari hari rabu sampai hari selasa ni. plan nak balik kl hari jumaat. tapi ada hal yang sangat memerlukan saya balik awal. so, terpaksa lah balik hari rabu..

dan plan jugak, nak balik muadzam ni hari ni tapi maybe petang. tiba² saya dikejutkan dengan berita malam ni ade mid-term international business. saya dengan kelang kabut bangun seawal 6 pagi then siap² balik. nasib baik tunang saya boleh hantar sampai putra. so cepat sempatlah saya beli tiket balik pukul 9.

dan menjadikan cerita ni lebih sedap, mid-term tu minggu depan. best kan? heee. its okay. saya dah biasa dah hidup dalam keadaan kelang kabut ni T_T

awak tahu tak, saya dah lama sebenarnya tak masuk dapur. i mean masak la kan. so, masa cuti tu, saya duduk rumah mak mentua. aiiseehhh. ni la akibatnya kalau rumah takde kaum hawa. mak mentua saya pergi hospital. macam tunggang tebalik rumah tu. dah macam rumah tu ada 10 budak² kecil hahaha. so, macam biasa. kemas rumah tu dulu. sapu sampah. lipat baju. betul² kan kedudukan perabut semua. haishh. so kaum adam kat luar sana, hargailah lah kaum hawa okay. tanpa kaun hawa, rumah awak gerenti bersepah!

eh nak cerita pasal masak sebenarnya. haaaa. saya punyalah lama tak masuk dapur kan, so saya takut sangat² skill memasak saya hilang. al-maklumlah. saya ni tak pandai masak. hari tu saya belajar masak dengan mak mentua. tapi dah lama. so hari tu, saya masuk dapur balik. first sekali mesti nak masak nasi kan. alamakk. takde tempat masak nasi tu. so kena masak manual. nahh amik munggg! dua kali masak, dua kali hangit!!! hahahaha. nasib baik lah boleh makan bahagian atas tu. adehh.

then, saya nak masak ikan masak sambal. so, nak blend cili + tomato + halia. haaaa punyalah lama tak masuk dapur, halia dengan kunyit pun dah lupaaaaa haha. saya mati² ingat tu halia. rupa²nya kunyit!! bapak maluuuuuuu waaaaaa..

masa tu tunang saya tegur,

"sayang, tu kunyit ke halia?''
''halia laaa! tak kan nak blend kunyit kot.ape la abang ni''

then, tunang saya amik 'halia' tu dan patahkan.

''ni kunyit lah sayang''
''hah?cam ne sayang boleh tak perasan ni.ya Allah. nasib baik abang tegur''

cover malu sebenarnyaaa hahahahahahaha. nasib baik la tunang saya masa tu masuk dapur nak kacau² saya, kalau tak. haaa kau makan je lah. tapi rasanya tak sesedap dulu yang saya pernah masak lah. sebab bahan²nya tak cukup. tomato sebijik je. cili pun bape je. mane nak kawww kan. takpe². janji boleh telan. dan janji saya masih ingat macam mane nak masak hahahahahahahahahaha

oh dan tunang saya ade soalan cepumas kat saya hari tu.

''sayang, ni ikan ape ni?''
''haaa? haha. err abang. sayang ni tak kenal sangat ikan² ni.maklumlah tak kawan sangat dengan dorang''

hahahaha. ayat yang belakang tu saya tak cakap okay.saje je nak tulis.heee. haa jenis² ikan, jenis² sayur bewarna hijau. semua saya tak kenal sangat. alaaa ikan yang lain dari yang lain tu kenal la. cam ikan keli. ikan kering. itu kalau tak kenal jugak, terjun longkang laaa.

oh awak paling takut ikan ape? saya sumpah sampai ke hari ni saya sangat takut nak pegang ikan keli dan ikan haruan!! dan paling takut ikan haruan!!! sebab ikan tu cam muka ganas. ditambah pulak dengan corak kat badan depa tu. huuu takut. hari tu nak masak ikan keli, sampai nak nangis sebab nak siang dia. menjerit² kat dapur tu sorang². last² mak mentua dengan tunang yang siang. ikan haruan lagi la. abang ipar saya baru tunjuk ikan haruan yang dah siap siang kat saya, saya dah menjerit. tergelak je dia. dan sangat memalukan huhuhu T_T

awak boleh like dan komen okay =D

No comments:

Post a Comment

BLOG INI ADALAH PERSONAL BLOG NOLEEYANA