Wednesday 13 July 2011

64 : Seposen

Kerana seposen, saya jadi frust menonggeng hari ni. saya sepatutnya hantar surat ke pihak loan saya td, tapi tak cukup seposen. ya Allah, malu gila muka ni. mane nak sorok?? masa tu duit dalam purse ada betul² rm1.30. pergi beli sampul surat warna coklat, 30sen. okay. tinggal singgit. pastu pergi print, adeehhh tolak 40sen. okay tinggal 70sen. yess. nasib baik cukup. pergi pejabat pos.....

''kak, nak beli setem. setem ade bape sen ek?''
''tgk sampul. oh ni 80sen''
''fuck!!''

dalam hati je lah.haha. saya pun teruskan pertanyaan...

''oh yang lagi murah takde ke kak?''
''kita memang bagi setem ikut sampul..''
''oh kalau sampul yang saiz kecik sikit dari ni bape kak?'' (cepat² saya potong cakap kakak tu.cover malu sebenarnya. )
''yang warna putih baru 60sen.''
''oh ye ke?''
''dah lama la dik sistem mcm ni.adik ni kena sentiasa ambil tahu ni.dah ketinggalan sangat''
''fuck!''

macam biasa dalam hati je hahahaha. saya pun pergi dengan senyum² kambing. bapak punya maluuu baiii.. pasal 80sen pun nak berkira ke? alaa awak ape tahu? saya ade 70sen je masa tu.

dan bermulalah episode saya berjalan menggunakan mata lutut. haa kauu. mata tu melilau ke sana ke sini. adehhh. mane kau ni seposen. takkan takde. masa aku tak perlukan kau, ade je kau pura² pengsan depan aku. ni time aku perlukan kau, kau takde plak. adehhhhhhh..

so saya sangat stress gara² seposen!!!! bye!!!!!


awak boleh like dan komen okay =D

No comments:

Post a Comment

BLOG INI ADALAH PERSONAL BLOG NOLEEYANA